Transformasi Digital Bersama FPLE,
Setiausaha Korporat CORPSO Dilancarkan dalam Talian
Dengan penggabungan idea perniagaan pengasas CORPSO, Daniel Goh Khin Soon dan sokongan teknikal FPLE, konsep CORPSO telah dilahirkan dan dilancarkan dalam talian selepas empat bulan!
CORPSO ialah sebuah syarikat kesetiausahaan korporat digital. Ia bertekad untuk mempermudahkan proses pendaftaran syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.) melalui laman web dan aplikasinya. CORPSO turut menyediakan perkhidmatan kesetiausahaan dalam talian yang menyeluruh, antaranya termasuk perisian pentadbiran dan perakaunan, serta permohonan permit atau pas pekerja untuk warga asing. Tambahan pula, papan pemuka CORPSO membolehkan para pengusaha untuk menyemak pelbagai maklumat penting, seperti status permohonan dan data terkini. Keadaan ini bagailah seorang setiausaha peribadi di hujung jari anda.
Menurut Daniel Goh Khin Soon, pengasas CORPSO, CORPSO merupakan tonggak kejayaan dalam transformasi operasi manual ke elektronik komprehensif. “Sejak awal, tugas setiausaha syarikat adalah membosankan dengan pengurusan fail yang melampau. Dokumen harus difailkan mengikut tarikh dan jenisnya masing-masing. Contohnya, dokumen berkanun hendaklah disimpan secara berasingan. Kami harus mengemas kini fail secara berkala dan sekurang-kurangnya satu kakitangan utama mesti hadir sepanjang masa untuk menguruskan aliran kerja. Kesemua senario ini membolehkan saya mendapat idea untuk mendirikan syarikat setiausaha korporat digital.” kata Daniel Goh.
Daniel Goh mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun dalam industri kesetiausahaan korporat. Semenjak keputusannya untuk membangunkan CORPSO, beliau bekerjasama dengan FPLE yang merupakan pemangkin teknologi maklumat untuk mencipta sebuah platform digital. Dengan pelancaran CORPSO dalam talian, para pengusaha dan usahawan boleh mendaftarkan syarikat Sdn. Bhd. mereka dengan mudah dan menikmati perkhidmatan kesetiausahaan yang cekap melalui aplikasinya.
CORPSO bervisi untuk menjadi sebuah syarikat setiausaha korporat digital yang terulung di Malaysia, serta mempercepatkan proses pendigitalan tempatan dengan mempromosikan proses pendaftaran dan perkhidmatan kesetiausahaan dalam talian.