fbpx

Dapatkan Lesen Perniagaan Malaysia melalui CORPSO. Cepat, Mudah & Selamat

Taniah! Anda pastinya telah berjaya memohon dan mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tinggal satu langkah lagi – memiliki lesen perniagaan yang sah!

Jadi, apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum anda membuat  permohonan lesen perniagaan di Malaysia?\

 

Jenis Lesen yang Bersesuaian dengan Bentuk Perniagaan Anda

Pertama, menyelidik dan meneroka mana-mana lesen yang berkaitan dengan perniagaan anda. Terdapat tiga (3) jenis lesen perniagaan utama, iaitu lesen am, lesen khusus industri atau sektor, dan lesen khusus aktiviti. Tambahan pula, jika anda ingin memaparkan sebuah papan iklan di premis perniagaan anda, adalah diwajibkan untuk memiliki Lesen Papan Iklan.

Di CORPSO, kami akan memastikan anda telah memenuhi semua syarat kepatuhan, yang mungkin akan berubah mengikut industri, lokasi, dan sifat perniagaan anda.

 

Menyediakan Dokumen yang Diperlukan

Berikut adalah senarai lengkap dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen perniagaan:

  • Salinan Kad Pengenalan atau Pasport Pemohon
  • Set lengkap dokumen SSM
  • Salinan Perjanjian Sewaan atau Jual Beli
  • Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
  • Resit Cukai Tanah dan Cukai Taksiran / Cukai Pintu
  • Salinan Lakaran Pelan Lantai Premis Perniagaan
  • Salinan Surat Sokongan Perakuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Gambar Premis Perniagaan
  • Gambar Lokasi Papan Iklan Syarikat Anda (Untuk Permohonan Lesen Papan Iklan)

 

Jangan dikejutkan oleh bilangan dokumen yang anda perlu sediakan. Dengan bantuan CORPSO, anda boleh mengumpulkan semua dokumen secara sistematik dan teratur. Proses penyediaan dokumen anda boleh dipercepatkan, dan anda boleh  mendapatkan lesen perniagaan dalam jangka masa satu hingga dua minggu.

 

Permohonan Lesen

Selepas itu, kami akan menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan serta borang permohonan lesen perniagaan atas nama anda kepada pihak berkuasa tempatan.

 

Semak Lokasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): https://www.lawyerment.com/guide/gov/Local_Authorities/

 

Membuat Bayaran

Amaun yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa tempatan untuk lesen premis perniagaan bergantung pada jenis perniagaan dan tertakluk pada keluasan premis perniagaan anda.

 

Adakah anda mengetahui berapa banyak jenis lesen perniagaan di Malaysia? Jawapannya ialah lebih daripada 300 jenis! Dengan ikhlas, CORPSO ingin membantu pemilik syarikat mendapatkan lesen perniagaan yang ideal, tidak mengambil kira sama ada mereka penduduk tempatan atau warga asing. Tinggalkan mesej anda sekarang untuk memohon lesen perniagaan dengan pantas, mudah, dan selamat.

Share your love