Senarai Semakan Pematuhan Bulanan Syarikat Sdn. Bhd.
Berikutnya adalah manfaat yang akan didapatkan jika seseorang menjadi pemilik syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.). Yang pertama, anda akan mendapat perlindungan dari segi kewangan. Seterusnya, penyediaan modal bagi penubuhan syarikat adalah mudah dan cepat dibandingkan dengan jenis perniagaan yang lain.
Seperti kata pepatah, duit syiling mempunyai dua sisi. Selain daripada manfaatnya, syarikat Sdn. Bhd. juga mempunyai kekurangannya. Di Malaysia, demi memastikan perniagaan yang dioperasi adalah sah, semua syarikat Sdn. Bhd. wajib menghantar laporan bulanan dan tahunan. Ia juga merupakan bukti pematuhan syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Apakah aktiviti-aktiviti bulanan yang mesti dipatuhi oleh syarikat Sdn. Bhd.?
Pembayaran Cukai Korporat
Sebilangan besar entiti perniagaan yang menjana pendapatan di dalam atau di luar Malaysia perlu membayar cukai korporat. Anda wajib membayar cukai berdasarkan anggaran cukai yang perlu dibayar. Tanggungjawab pembayaran cukai korporat terletak pada kakitangan terpenting dalam syarikat, iaitu pengarah, setiausaha, pengurus, pegawai utama, atau sesiapa sahaja yang melaksanakan peranan yang telah dihuraikan.
Tarikh akhir: Hari ke-15 setiap bulan
Maklumat lanjut: http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/012a.pdf
Pembayaran KWSP, PERKESO, dan SIP
Setiap majikan di Malaysia harus memberikan sumbangan bulanan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Sistem Insurans Pekerja (SIP) untuk pekerja. Anda boleh menjalankan pembayaran secara dalam talian atau mendapatkan bantuan daripada penyedia perkhidmatan gaji (Pegawai Sumber Manusia).
Tarikh akhir: Hari ke-15 setiap bulan
Maklumat lanjut: https://www.perkeso.gov.my/en/rate-of-contribution.html
Pembayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Semua majikan perlu mengekalkan sebahagian daripada gaji pekerja untuk dibayar kepada potongan cukai bulanan (PCB). Anda boleh membuat pembayaran PCB bagi pihak pekerja melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau akauntan / ejen cukai.
Tarikh akhir: Hari ke-15 setiap bulan
Untuk memahami pengiraan PCB:
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=50&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=8&bt_sequ=7
Sememangnya, semua orang bercita-cita untuk memiliki perniagaan tersendiri, tetapi matlamat ini tidak mudah dicapai. Lantiklah seorang setiausaha korporat daripada CORPSO. Berkat daripada penolong kanan yang efisien ini, anda boleh menumpukan masa dan tenaga kepada perkembangan perniagaan.
Klik sini untuk membaca pematuhan bulanan yang wajib dipatuhi oleh syarikat Sdn. Bhd.