Mengapakah Anda Perlu Memulakan Perniagaan Secara Digital?
Ekoran daripada perkembangan industri, kehadiran Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) disambut dengan meriah. Ia juga dikenali sebagai era kecerdasan, yang mengaplikasikan teknologi maklumat untuk transformasi perindustrian.
Trend Baharu
Berkat daripada kebangkitan era kecerdasan, para peniaga turut memanfaatkan pendigitalan, dengan menyempurnakan proses permohonan, tandatangan dokumen, penyerahan dokumen dan sebagainya dalam talian. Namun, terdapat segelintir peniaga tradisional yang kurang fasih dalam perihal digital menganggap bahawa perniagaan digital memakan masa dan melibatkan kos yang tinggi. Sementara itu, ada yang tidak tahu cara mendigitalkan perniagaan, nescaya berasa bimbang tentang masalah teknikal yang akan mengganggu operasi syarikat.
Hakikatnya, megatrend semasa telah memasuki era digitalisasi. Di bawah pandemi COVID-19, kebanyakan syarikat telah mempercepatkan proses pendigitalan perniagaan, supaya dapat menyesuaikan diri dalam norma baharu. Sehubungan itu, perkhidmatan elektronik CORPSO telah merealisasikan transformasi perniagaan ketika pandemik, dengan membolehkan anda mendaftar perniagaan Sdn. Bhd. tanpa meninggalkan rumah.
Fokus pada Perniagaan Teras
Sebagai contoh, hotel pada masa lalu mengupah banyak kakitangan untuk mengendalikan panggilan, serta merekod maklumat pelanggan, status pendaftaran, butiran pembayaran, dan kerja manual yang lain. Semua kerja ini membazirkan masa dan memerlukan banyak sumber tenaga. Malah, keadaan ini berterusan sehingga era digital menjadi popular, lantas menggalakkan perniagaan hotel dijalankan atas talian. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos sumber manusia, tetapi juga mengurangkan kos perniagaan.
Proses pendigitalan perniagaan juga membawa manfaat kepada perkembangan perniagaan. Melalui perkhidmatan CORPSO, anda boleh menyerah, menandatangan, mengubah dan memeriksa dokumen hanya dengan beberapa klik. Anda boleh menjimatkan masa dan wang untuk perkembangan perniagaan.
Kurangkan Risiko
Sekiranya semua dokumen dan data syarikat disimpan di sistem awan, anda boleh melihat atau mengubahnya pada bila-bila masa sahaja. Anda tidak perlu risau tentang kehilangan dan kerosakan fail, serta menjimatkan ruang di pejabat untuk penyimpanan fail. Selain itu, papan pemuka juga tersedia untuk memantau dan mengesan semua status dokumen. Dimanakah anda boleh mendapatkan perkhidmatan sepintar ini? Pastinya, CORPSO!
Meningkatkan Keberkesanan
Tandatangan elektronik merupakan salah satu ciri utama perniagaan digital. Anda boleh menandatangani semua dokumen melalui aplikasi tanpa menghadiri pejabat setiausaha korporat. Di samping itu, setiausaha syarikat yang menyediakan khidmat pelanggan juga dapat menyelesaikan semua masalah anda dari jarak jauh, dan membolehkan anda menjalani perniagaan dengan mudah sambil menggandakan kecekapan.
CORPSO memahami pengaruh era digital terhadap usahawan. Sekiranya anda berhasrat untuk memulakan perniagaan anda secara digital, atau memerlukan perkhidmatan setiausaha korporat atas talian, jangan ragu untuk menghubungi kami.