DUTA SELEBRITI KAMI MENDAFTARKAN SYARIKAT MELALUI CORPSO!
Hanya beberapa minggu sejak Sean Lee Jia Ern menyertai CORPSO sebagai duta selebriti yang pertama, kini, beliau telah menjadi pemilik LJENS Sdn. Bhd. Apa yang menarik ialah, proses pendaftaran syarikatnya dilakukan sepenuhnya melalui CORPSO!
Marilah lihat bagaimana beliau menubuhkan LJENS.
Inspirasi LJENS
Sesiapa yang kenal Sean pasti biasa dengan #LJens yang sering muncul di media sosialnya. Semasa beliau menerangkan sebabnya memilih nama ini, beliau berkongsi bahawa LJE adalah singkatan nama penuhnya – Lee Jia Ern; sebutan LJENS sama dengan sebutan ‘legends’ dalam bahasa Ingerris, dimana beliau juga menggunakan LJENS sebagai kata ganti untuk menggelar pengikut atau peminatnya.
Sifat Perniagaan Sean
Sean terus menceritakan bagaimana beliau mengaitkan minatnya dengan peluang perniagaan. Beliau bermula sebagai Youtuber pada tahun 2013 dan masih menghasilkan kandungan video yang berkualiti dan mencetuskan pemikiran sehingga hari ini. LJENS bukan hanya sebuah syarikat yang berasaskan hiburan, tetapi juga mewakili konsep yang selalu ingin dicuba oleh Sean untuk membina pengiklanan 360 melalui video dan produk, serta pengurusan bakat. Yang penting sekali, ia boleh memupuk bakat muda yang boleh menjadi perancang kandungan legenda pada masa depan.
Bagaimanakah CORPSO Membantu Sean Untuk Mencapai Impiannya?
Sean berkongsi pengalamannya dengan CORPSO untuk melengkapkan pendaftaran syarikat, beliau menekankan bahawa “Saya sangat bertuah kerana mempunyai CORPSO, saya tidak perlu mengisi borang dan menyerah dokumen sendiri. Semuanya dilakukan dengan beberapa klik sahaja. Hal ini menjimatkan tenaga dan masa saya untuk melakukan perkara penting yang lain dalam kerjaya dan kehidupan saya.”
“Maksud saya, jika anda tidak tahu konsep setiausaha digital, carilah CORPSO. Syarikat ini disokong oleh pasukan profesional dan dapat membantu anda menghindarkan semua kebimbangan mengenai penubuhan syarikat, sama ada laporan tahunan, pematuhan undang-undang atau urusan pentadbiran,” kata Sean.
Perjalanan Sean baru sahaja bermula dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. CORPSO sentiasa bersedia untuk menjadi rakan kongsi inovatif dan akauntabilitinya. Sekiranya anda berhasrat untuk mencontohi konsep kejayaan Sean dan merealisasikan cita-cita anda, jangan ragu untuk meninggalkan mesej kepada kami. CORPSO bersedia membimbing anda untuk memulakan perniagaan dengan yakin dalam talian.
Laman web rasmi LJENS dalam proses. Kunjungilah blog kami untuk mendapatkan maklumat terkini Sean!