CORPSO Berjabat Tangan dengan I’m In,
Era Perniagaan Tanpa Kertas Diperkembang

CORPSO telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan I’m In! Persetujuan ini akan membawa lebih banyak faedah kepada para peniaga.

I’m In ialah Sistem Pengurusan Sumber Manusia yang merangkumi pelbagai fungsi. Fleksibiliti sistemnya dan peralatan serba boleh berskala menyenangkan pengurusan sumber manusia syarikat. Proses persediaan I’m In mudah dan segera. Sama ada perusahaan bersaiz sederhana atau besar, anda boleh menguruskan ratusan atau lebih pekerja dengan beberapa butang sahaja dalam aplikasinya. 

 

Apakah ciri-ciri I’m In yang menonjol?

  • Konsep mesra alam: Pengurusan tanpa kertas yang termasuk sistem e-kehadiran, senarai e-gaji, pengurusan e-cuti, portal e-kakitangan, e-tuntutan, e-penilaian dan lain-lain;
  • Fleksibiliti: Sesuai diguna dalam pelbagai jenis peranti seperti komputer atas meja, telefon bimbit, tablet dan lain-lain;
  • Keselamatan sistem yang ketat: Sistem penyulitan data, termasuk perkhidmatan awan dan self-hosting;
  • Penjimatan kos: Beberapa anak syarikat boleh menggunakan satu akaun utama, dimana pembayaran hanya dikenakan sekali setahun sahaja;
  • Memperkukuhkan pengetahuan operasi: Latihan dan bengkel mingguan tersedia.

 

Sehubungan dengan kerjasama ini, CORPSO dan I’m In telah melancarkan tawaran masa terhad. Pengguna yang melanggan pakej CORPSO dapat menikmati diskaun 10% untuk perkhidmatan Sistem Pengurusan Sumber Manusia I’m In. Setelah anda mencapai persetujuan dengan CORPSO, kami akan menghubungkan anda dengan pihak I’m In. Jangan terlepas tawaran hebat ini, layarilah laman web rasmi kami sekarang: https://www.corpso.com/my/ 

Share your love