CORPSO Bekerjasama dengan Alliance Bank – Membawa Nilai yang Lebih Tinggi untuk PKS
Berita baik kepada semua pemilik PKS! Kami, CORPSO, setiausaha korporat dalam talian yang terkemuka, dengan sukacita memaklumkan bahawa kerjasama dengan Bank Kewangan Perdagangan Terbaik di Malaysia, Alliance Bank.
Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pendaftaran syarikat baharu, pelbagai pakej dengan harga yang berpatutan telah disediakan, dan boleh disuaikan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pemilik PKS masing-masing.
Tambahan pula, kerjasama ini menunjukan bahawa CORPSO dan Alliance Bank telah melangkaui bidang profesional masing-masing untuk menuju ke arah struktur perniagaan yang berintegrasi, dan berkomitmen untuk membantu usahawan baharu di seluruh Malaysia, supaya mereka mahir dalam setiap langkah menubuhkan sebuah syarikat baharu.
Dengan adanya Alliance Bank, rakan kongsi baharu kami, kami dapat menyediakan perkhidmatan pengurusan perniagaan yang diperhalusi melalui penyambungan dan penyelesaian kewangan yang lebih cekap.
Sesiapa yang telah mendaftar dengan pakej standard RM 1488 kami, anda akan menerima baucar sebanyak RM300 sebagai potongan harga. Promosi ini hanya terbuka kepada 30 pemohon pertama yang mendaftar sebelum 30 Jun 2021. Dengan adanya promosi ini, anda bukan sahaja dapat menikmati pembiayaan cekap dengan kadar pilihan anda dari Alliance Bank, tetapi juga boleh menggunakan perkhidmatan kesetiausahaan digital dari CORPSO.
“Di CORPSO, kami sentiasa berusaha untuk mempromosikan keseluruhan proses pendaftaran dan perkhidmatan kesetiausahaan dalam talian di Malaysia. Kami bersyukur bahawa Alliance Bank telah menyertai kami, bekerjasama untuk menghapuskan jurang perniagaan dan kewangan dalam pakej kami. Pelanggan kami juga dapat menikmati tawaran yang lebih baik dengan harga yang berpatutan” dijelaskan oleh Jerry Lim, Ketua Pegawai Operasi CORPSO.
Beliau juga berkongsi tentang perkara yang berikut: “Seperti yang kita semua tahu, Alliance Bank terkenal dengan kecekapan optimum dalam perbankan perniagaan. Sebagai contoh, salah satu ciptaan terbaharu mereka, iaitu Alliance BizSmart Online Banking, telah menerajui kancah perniagaan dalam talian. Kami amat percaya bahawa kerjasama ini dapat membantu CORPSO merealisasikan visinya, iaitu untuk menjadi sebagai syarikat korporat digital teratas di Malaysia.”
Perkongsian ini dipercayai merupakan batu loncatan kepada para usahawan untuk membina dan mengembangkan perniagaan mereka dengan pantas dan cekap, tanpa mengalami masalah kewangan yang serius. Jangan lepaskan peluang keemasan ini, tinggalkan mesej anda kepada kami sekarang!