fbpx

Senarai Semakan Pematuhan Tahunan Syarikat Sdn. Bhd.

Selepas anda telah memahami pengetahuan luas dan terperinci tentang senarai pematuhan bulanan untuk syarikat Sdn. Bhd. dalam artikel sebelum ni, marilah meneruskan perjalanan untuk memahami seluk-beluk senarai pematuhan tahunan syarikat Sdn. Bhd.. Ini boleh membawa kebaikan kepada syarikat anda, dengan mengikuti keseluruhan undang-undang Sdn. Bhd. Malaysia tanpa ketinggalan.

 

Pembaharuan Lesen Perniagaan

Pertama sekali, anda perlu memperbaharui lesen perniagaan anda, kegagalan memperbaharui lesen perniagaan boleh membawa penalti. Sijil pendaftaran perniagaan anda dapat diperbaharui pada bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran, dan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran. Berikut adalah cara untuk melakukannya:

1)Perkhidmatan Dalam Talian melalui Ezbiz Online;

2)Mesin Kios Ezbiz, yang boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat SSM; atau

3)Ejen berdaftar SSM (Bank Simpanan Nasional & Bank Kerjasama Rakyat Malaysia)

Tarikh Akhir: Setiap tahun atau setiap beberapa tahun

Garis Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan:

https://www.ssm.com.my/Pages/Services/Registration-of-Business-(ROB)/Registration/GUIDELINES%20FOR%20RENEWAL%20OF%20BUSINESS%20REGISTRATION_new.pdf 

 

Penyerahan Anggaran Cukai

Seterusnya, anggaran cukai yang perlu dibayar adalah dikira berdasarkan anggaran pendapatan tahunan syarikat anda. Anda boleh mengupah seorang akauntan atau ejen cukai untuk melakukan tugas ini, atau boleh melakukannya diri-sendiri.

Tarikh Akhir:

Syarikat baharu: Dalam masa tiga (3) bulan syarikat beroperasi

Lain-lain: Tiga puluh (30) hari sebelum tahun penilaian

Maklumat Lanjut:

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=2&bt_posi=2&bt_unit=5050&bt_sequ=6&bt_lgv=2

 

Penyerahan Pernyataan Berkaitan PCB

Majikan perlu menyerahkan Borang E (Borang Nyata Majikan) dan potongan cukai bulanan kepada LHDN. Sebaliknya, pekerja akan menerima Borang EA/(C.P. 8A), yang merupakan Borang Penyata Gaji Upahan Pekerjaan sebelum bulan Mac setiap tahun, iaitu  sebelum penyerahan cukai pendapatan mereka.

Tarikh Akhir: 31 Mac setiap tahun

Borang boleh didapati di sini:

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=3&bt_posi=0&bt_unit=12&bt_sequ=12&bt_lgv=2 

 

Penyata Kewangan dan Laporan Laporan Pengarah

Anda perlu menyerahkan beberapa dokumen kepada SSM, salah satunya adalah Penyata kewangan yang disediakan oleh akauntan dan diaudit oleh juruaudit. Sementara itu, juruaudit juga akan menyediakan laporan juruaudit, dan pengarah syarikat pula perlu menyiapkan laporan pengarah. Setiausaha syarikat akan mengedarkan semua dokumen ini kepada pemegang saham dan juruaudit setelah menandatangani surat akuan sumpah. Sebagai tambahan, setiausaha syarikat juga bertanggungjawab untuk menyerahkan penyata kewangan dan laporan-laporan pengarah kepada SSM.

Tarikh Akhir: Akan diedarkan di antara pemegang saham pada enam (6) bulan setelah Akhir Tahun Kewangan (FYE) dan diserahkan dalam masa tiga puluh (30) hari

 

Penghantaran Pulangan Tahunan

Sekiranya maklumat perniagaan anda tidak mempunyai sebarang perubahan, anda perlu dan wajib mengemukakan maklumat tersebut dengan menyediakan Pulangan Tahunan. Setiausaha syarikat anda bertanggungjawab untuk penghantaran Pulangan Tahunan kepada SSM.

Tarikh Akhir: Dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanan syarikat

 

Penyerahan Penyata Cukai

Anggaran cukai yang perlu dibayar dan jumlah sebenar cukai mungkin tidak akan sama. Ia bergantung kepada perbezaan antara tanggungan cukai sebenar dan cukai dibayar, sama ada majikan perlu membayar cukai tambahan, atau mendapat bayaran balik cukai. Terdapat dua cara untuk melaksanakan penyerahan cukai, sama ada majikan menyerahkannya sendiri, atau dengan bantuan akauntan / ejen cukai.

Tarikh Akhir: Dalam masa tujuh (7) bulan selepas tahun penilaian berakhir

 

Sekiranya anda ingin bebas daripada kertas kerja yang terlalu banyak, hubungilah kami pada bila-bila masa melalui https://www.corpso.com/my/ , sebagai setiausaha digital yang berdedikasi di hujung jari anda.

 

Klik sini untuk membaca pematuhan bulanan yang wajib dipatuhi oleh syarikat Sdn. Bhd.

Share your love