fbpx

Dapatkan Pengemaskinian Terkini

Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?
Kembali
CORPSO_Secretary_Corporate_CS_Incorporation
2 Oct 2020

Kongsi Catatan

Sean Lee, Duta Selebriti CORPSO!

PETALING JAYA, 1 OKTOBER 2020 – Syarikat perkhidmatan setiausaha korporat dalam talian, CORPSO telah melantik Sean Lee Jia Ern sebagai duta jenamanya. Upacara tandatangan telah diadakan di sebuah kafe bergaya moden di Lembah Klang, dan disertai oleh Sean dan pengasas CORPSO, Daniel Goh Khin Soon.

Dengan perasaan gembira bahawa Sean merupakan duta CORPSO, Daniel berkata, “Sean merupakan calon pertama yang kami fikirkan apabila kami membuat keputusan untuk melantik seorang duta jenama. Beliau merupakan seorang anak muda yang bersemangat dan sentiasa bersedia untuk mencuba perkara baharu. Dengan kebangkitan usahawan muda, kami berasa bahawa Sean dapat menjadi lambang inovasi seperti yang dipamerkan pada visi CORPSO – iaitu menerajui industri setiausaha korporat digital di Malaysia dengan menyebarkan kepentingan proses pendaftaran syarikat dan perkhidmatan kesetiausahaan dalam talian.” 

Semasa mencuba aplikasi CORPSO, selebriti tempatan yang digemari orang ramai ini menerangkan bahawa, “Sebagai seorang pengaruh, saya suka berkongsi perkara yang baik dan bermakna dengan peminat saya. CORPSO memanglah sebuah syarikat setiausaha korporat  yang disyorkan jika anda ingin mendaftarkan syarikat anda dalam talian. Dengan mewakili CORPSO, saya dapat melangkah keluar dari zon selesa saya dan menerokai profesion selain industri hiburan. Saya juga dapat meningkatkan interpersonal saya dan merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.” 

Kerjasama antara CORPSO dan Sean menjadi tumpuan utama dalam dunia korporat, dimana mereka menggalakkan usahawan supaya memulakan perniagaan dengan yakin dalam talian. Ikuti laman web rasmi CORPSO untuk berita yang lebih menarik: https://www.corpso.com/my/!