fbpx

Mencari...

Dapatkan Pengemaskinian Terkini

Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?
Kembali
18 Jan 2021

Kongsi Catatan

Pemasaran Digital: Menawan Hati, Yakin Efektif

Dengan penggunaan Internet yang kian meluas di seluruh dunia, kebanyakan perniagaan telah dijalankan dalam talian turut mendorong kepada kebangkitan pemasaran digital. Berbanding dengan kaedah pemasaran tradisional, pemasaran digital boleh membawa pulangan dan reputasi jenama yang lebih menggagumkan. 

 

Apakah kelebihan pemasaran digital yang membolehkan perniagaan anda menonjol di pasaran?

 

Kelebihan 1 – Ringankan Kerja, Gandakan Keuntungan

Dalam era digital ini, semua orang memiliki telefon bimbit, dimana kehidupan kita tidak terpisah daripada aplikasi mudah alih. Kebangkitan aplikasi mudah alih ini dapat memanfaatkan para peniaga untuk mempromosikan dan mempaparkan iklan mereka di media sosial dengan mudah. Selain itu, kecekapan pemasaran digital dapat dikecapi hanya dengan satu klik butang kongsi, dan semua mesej atau informasi berguna dapat disampaikan ke kelompok pelanggan yang lebih luas.  

 

Kelebihan 2 – Meningkat Tanggapan Positif Di Kalangan Pengguna

Sebagai “Media Baharu”, pengiklanan internet menunjukkan trend perkembangan yang positif. Berbanding dengan risalah, surat khabar, dan papan iklan yang dicetak fizikal, kebanyakan iklan digital kini mempromosikan produk dan perkhidmatan dalam bentuk gambar, teks, audio dan video yang lebih menarik. Kaedah ini telah menaikkan pendedahan iklan dan kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan dalam pelbagai platform sosial.  

 

Kelebihan 3 – Pengiklanan Digital, Perbelanjaan Bertaktik

Pemasaran digital berperanan penting dalam perlindungan alam sekitar pada masa yang sama mengurangkan kosnya. Kandungan iklan media tradisional tidak dapat diubah sewenang-wenangnya selepas cetakan dan paparan, dimana perubahan membabitkan kos yang tinggi. Sebaliknya, kos media internet adalah lebih rendah dan kandungannya boleh diubah pada bila-bila masa. Selain itu, beberapa platform sosial juga menyediakan halaman berfungsi analisis. Contohnya, Facebook dan Twitter menawarkan data bernilai seperti paparan halaman, waktu trafik puncak, maklumat demografi pengunjung dan lain-lain. Data ini amat penting untuk memahami hasil ketara pemasaran dalam talian bagi pemilik halaman.

 

Kelebihan 4 – Interaktiviti tinggi, Kegemaran Dijumpai

Pemasaran dalam talian adalah lebih fleksibel dan peniaga dapat mengemas kini berita atau menawarkan pakej baharu pada bila-bila masa. Peniaga juga boleh melancarkan aktiviti interaktif dalam media sosial, seperti cabutan bertuah, siaran langsung dalam talian, komen dan mesej dan lain-lain untuk meningkatkan komunikasi dengan pengguna. Di samping itu, peniaga juga dapat mengumpulkan maklum balas daripada pelanggan dan menjawab soalan-soalan mereka dengan secepat mungkin melalui sembang peribadi. Hal ini dapat menaikkan kualiti perkhidmatan atau produk mereka.

 

Pemasaran internet telah membina hubungan langsung antara peniaga dan pengguna. Hal ini dapat mencapai perkongsian maklumat dan komunikasi masa nyata dengan berkesan. Usahawan dan peniaga yang tidak ingin melepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan dalam talian, tukarlah perkhidmatan kesetiausahaan ke CORPSO, biarkan kami menjalankan segala operasi dalam talian, bersamaan dengan pemasaran digital anda, kami berganding bahu untuk membimbing perniagaan anda ke puncak kejayaan.