Memperkasakan syarikat dengan
perkhidmatan terbaik kami
Tentang CORPSO
CORPSO adalah setiausaha korporat digital yang mempermudahkan proses pendaftaran syarikat Sdn. Bhd. melalui laman web dan aplikasi. Kami menawarkan perkhidmatan yang lengkap (Pendaftaran, pematuhan perundangan, perakaunan, dan sebagainya) yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia.

Cerita CORPSO
Sebagai setiausaha digital anda, CORPSO mengendalikan semua urusan penubuhan perniagaan supaya anda boleh memberi tumpuan kepada pengembangan perniagaan tanpa sebarang kerisauan! Visi kami adalah menjadi setiausaha korporat digital terulung di Malaysia, dengan mempromosikan proses pendaftaran dan perkhidmatan kesetiausahaan dalam talian.
3000+
PELANGGAN AKTIF
35
PENDAFTARAN SYARIKAT
28+
AHLI PASUKAN
20
TAHUN BERKHIDMAT
Tokoh Utama
Daniel Goh Khin Soon
PENGASAS CORPSO
Sebagai pengasas CORPSO, Daniel telah mendedikasikan sepanjang kerjayanya dalam kesetiausahaan. Beliau terkenal dengan kemampuannya untuk mengekal aktif dan kompetitif dalam industri setiausaha korporat selama 20 tahun. Beliau telah menyaksikan revolusi pendaftaran SSM daripada pemfailan mesin taip manual hingga penyerahan digital.
FPLE
RAKAN TEKNOLOGI
FPLE merupakan sebuah firma perundingan dan pemasaran IT yang tangkas dan berhasrat untuk menerajui komuniti digital masa depan. Ia menyediakan perkhidmatan dan strategi yang canggih untuk meningkatkan nilai komersial pelanggan dan rakan kongsi melalui pelbagai alat yang kompetitif. Selain pengetahuan teknologi seperti pengekodan, penyelenggaraan dan keselamatan sistem, konsep kreatif seperti pembinaan jenama dan reka bentuk iklan juga merupakan bidang profesional FPLE.