fbpx

Mencari...

Dapatkan Pengemaskinian Terkini

Ingin Mengetahui Lebih Lanjut?
Kembali
CORPSO_Setiausaha_Korporat_CS_Pendaftaran_PSU_Pandemik
16 Jul 2021

Kongsi Catatan

【PSU 4.0】Majikan Menerima Subsidi Upah RM600 Untuk Setiap Pekerja

Sebagai seorang majikan yang bertimbang rasa, berita baik tentang rancangan pemulihan ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh kerajaan pastinya telah disampaikan kepada anda. Yang seterusnya adalah pelanjutan Program Subsidi Gaji (PSU) 4.0.

Tidak dapat dinafikan PSU 4.0 ini memerlukan peruntukan wang yang berjumlah besar, iaitu sebanyak RM3.8 bilion. Peruntukan ini akan memanfaatkan kira-kira 242,000 majikan dan lebih daripada 2.5 juta pekerja dari semua sektor ekonomi. Majikan akan menerima subsidi upah RM600 untuk setiap pekerja.

 

Bagaimanakah anda boleh mendapatkannya?

 

Syarat Kelayakan

Setakat ini, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan pekerja telah berdaftar di PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  2. Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021
  3. Pendapatan perniagaan anda (Jumlah jualan atau pendapatan bulanan) telah menurun sebanyak 30% atau lebih daripada 30%, bagi tahun 2020 / 2021 dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun 2019 (Sebelum pelaksanaan PKP)

 

Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut

Sebanyak 500 orang pekerja (Mengikut saiz perusahaan).

 

Cara Memohon

  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/ 
  2. Klik Permohonan & Semakan di bahagian PSU
  3. Klik Permohonan
  4. Pilih negeri operasi perniagaan anda dan klik Halaman Seterusnya
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik Hantar
  8. Semak status permohonan anda di sini: SEMAKAN 

 

Dokumen Sokongan

  1. Senarai nama pekerja (Bilangan kelayakan berdasarkan saiz perusahaan)
  2. Maklumat akaun bank (Salinan muka depan penyata bank)
  3. Maklumat Pendaftaran Perniagaan  
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau yang berkaitan
  5. Akuan pengisytiharan PSU 4.0

 

Tempoh Pelaksaan

Tempoh pelaksanaan PSU 4.0 adalah selama 4 bulan, berkuatkuasa mulai Ogos 2021 hingga Oktober 2021. Tempoh 4 bulan ini terbahagi kepada dua bahagian:

  • 2 bulan bagi semua sektor ekonomi (Fasa Kedua)
  • 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif (Fasa Ketiga)

 

Adakah anda ingin menerima berita mengenai inisiatif dan insentif kerajaan terkini? Lawati laman web rasmi CORPSO atau mesejkan kami melalui Facebook. Pasukan Khidmat Pelanggan kami sentiasa bersedia untuk melayani anda.

 

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Subsidi Upah.