Apakah Kelebihan Penubuhan Sebuah Syarikat Sendirian Berhad?
Ingin menubuhkan syarikat Sendirian Berhad(Sdn. Bhd.) tetapi tidak memahami kelebihannya dan mempunyai pertimbangan lain? Artikel ini akan menerangkan segalanya secara terperinci!
Entiti Perundangan Bebas
Syarikat Sdn. Bhd. mempunyai segala kuasa perundangan, termasuklah pembukaan akaun bank, perolehan ekuiti, pengambilan pekerja dan sebagainya. Jenis syarikat ini turut membolehkan seseorang untuk berperanan sebagai pengarah dan pemegang saham pada masa yang sama. Dengan ini, banyak perihal penubuhan syarikat dapat dipermudahkan.
Tanggungan Hutang
Syarikat Sdn. Bhd. merupakan sebuah entiti bebas kewangan di mana hutang syarikat tidak akan mempengaruhi harta peribadi pemegang saham. Liabiliti pemegang saham adalah terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja.
Pemilikan Harta Tanah
Sebagai pemegang segala kuasa perundangan, syarikat Sdn. Bhd. juga memiliki hak aset dan harta tanah. Berbanding dengan entiti komersial lain, syarikat Sdn. Bhd. mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi dan boleh mendapatkan kontrak dan projek berskala besar daripada pihak kerajaan dengan mudah.
Pembiayaan dan Pinjaman
Syarikat Sdn. Bhd. memerlukan juruaudit untuk menyemak dan menandatangani penyata kewangan untuk meningkatkan kecekapan dan pematuhan sistem perakaunan. Hal ini mendatangkan kemudahan dalam proses permohonan pinjaman. Sementara itu, pihak pelabur dan pembiayaan juga cenderung untuk memberikan syarat dan kaedah perdagangan yang lebih baik kepada syarikat Sdn. Bhd.
Perancangan dan Insentif Cukai
Syarikat Sdn. Bhd. hanya dikenakan cukai atas keuntungan dengan kadar cukai pendapatan maksimum sebanyak 24%, dan kadar cukai pendapatan peribadi sebanyak 28%. Oleh itu, masalah percukaian seperti cukai tambahan dapat dikurangkan secara berkesan.
Kesinambungan
Syarikat Sdn. Bhd. memiliki hak operasi kekal. Ia masih dapat beroperasi tanpa mengira sebarang pengaruhan oleh perubahan identiti pengarah dan pemegang saham, seperti kemuflisan, kematian, peletakan jawatan diri dan lain-lain. Di samping itu, syarikat Sdn. Bhd. juga dapat memindahkan hak pemilik kepada individu atau syarikat lain melalui pemindahan saham.
Pemilikan Asing
Negara kita membenarkan warga asing untuk memiliki hak syarikat Sdn. Bhd. sepenuhnya. Berkat daripada perjanjian mengenai elakan cukai berkali ganda dengan beberapa negara, dan kos permulaan pertubuhan syarikat Sdn. Bhd. yang rendah, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai prospek perniagaan yang cerah dan sering diutamakan oleh warga asing yang ingin mencari peluang perniagaan di Asia Tenggara.
Penubuhan syarikat Sdn. Bhd. boleh mendatangkan manfaat kepada pengurusnya. Namun, seseorang yang bercadang untuk menubuhkan syarikat Sdn. Bhd. haruslah bersedia sepenuhnya. Antara usaha yang diperlukan untuk mengurangkan risiko pelanggaran undang-undang ialah pengupahan seorang setiausaha syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman agar boleh mengendalikan proses pendaftaran, percukaian, pengurusan akaun dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami dengan secepat mungkin.