
5 Perkara Usahawan Asing Perlu Tahu
Sebelum Mendaftar Syarikat di Malaysia
Malaysia yang berada di lokasi strategik Asia Tenggara menjadikannya sebagai hab ekonomi. Ia telah menarik banyak pelabur dan usahawan asing untuk memulakan perniagaan mereka di sini. Selain daripada peluang perkembangan yang semakin meningkat, sinilah 5 perkara yang anda mesti memahami sebelum mendaftarkan syarikat di Malaysia.
Apakah jenis entiti perniagaan yang boleh anda daftarkan?
Warga asing dibenarkan memiliki sebuah syarikat sendirian berhad (Sdn.Bhd.) di Malaysia dengan modal berbayar minimum RM500,000. Untuk perniagaan runcit, borong dan pengedaran, syarikat Sdn. Bhd. pemilikan asing tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Walaupun pendaftaran sesebuah syarikat dilakukan di luar negara, orang asing masih dibenarkan menjalankan perniagaannya di Malaysia.
Apakah prasyarat untuk menjadi pengarah dan pemegang saham sebuah syarikat Malaysia?
Untuk menjadi pengarah tunggal dan pemegang saham sebuah syarikat Sdn. Bhd., pelabur asing mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, merupakan pemastautin tetap Malaysia, dan tidak hilang kelayakan di bawah Seksyen 198 Akta Syarikat 2016.
Jika anda bukan pemastautin Malaysia, anda dikehendaki melantik seorang warganegara Malaysia sebagai pengarah syarikat Sdn. Bhd. anda.
Apakah bajet untuk menubuhkan sebuah syarikat di Malaysia?
Modal Berbayar
Modal berbayar minimum untuk mendaftarkan syarikat Sdn. Bhd. ialah RM1. Walau bagaimanapun, anda perlu mengetahui jumlah saham yang diisytiharkan oleh setiap pemegang saham semasa pendaftaran. Hal ini disebabkan jumlah nilai saham mestilah sama dengan jumlah modal berbayar syarikat.
Bayaran Pendaftaran
Bayaran sebanyak RM1,010 akan dikenakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menubuhkan sebuah syarikat tempatan. Manakala, anda akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM5,000 ketika anda menubuhkan syarikat asing dengan jumlah modal saham yang tidak melebihi RM1 juta. Jika jumlah modal saham melebihi RM 1 juta tetapi di bawah RM10 juta, anda akan dikenakan caj RM20,000. Bagi syarikat asing yang tidak menetapkan modal saham, kadar tetap RM 70,000 perlu dibayar kepada SSM.
Bayaran Kesetiausahaan Syarikat
Menurut Akta Syarikat 2016, pelantikan setiausaha syarikat adalah diperlukan untuk mendaftarkan syarikat Sdn. Bhd. Caj bulanan setiausaha syarikat bergantung kepada firma kesetiausahaan syarikat yang anda terlibat.
Apakah dokumen yang anda perlukan semasa pendaftaran?
Anda diminta untuk mengisi borang permohonan dengan maklumat mengenai syarikat Sdn. Bhd. anda. Di samping itu, anda juga diminta untuk mengemukakan salinan sijil syarikat asing, Memorandum dan Artikel atau instrumen lain yang menentukan perlembagaan syarikat anda. Sekiranya dokumen anda bukan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris, anda perlu menyediakan dokumen terjemahan yang disahkan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
Apakah undang-undang dan peraturan penubuhan syarikat di Malaysia?
Nama syarikat yang berkaitan dengan keluarga Diraja atau badan-badan kerajaan dan pihak berkuasa adalah tidak digalakkan menurut SSM. Nama-nama ini mungkin mengelirukan sifat perniagaan dan menyinggung perasaan. Nama yang mungkin melibatkan aktiviti terkawal bawah undang-undang juga harus dielakkan, misalnya “insurans”, “ejen” dan “takaful”, melainkan diluluskan oleh agensi berkaitan.
Dari segi sifat perniagaan, anda dikehendaki menjelaskan jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat anda. Jika anda tidak pasti, anda boleh menanya syarikat setiausaha syarikat anda untuk penerangan terperinci mengenai tujuan perniagaan anda.
Sebaik sahaja anda jelas tentang 5 perkara ini, anda sudah bersedia untuk menubuhkan syarikat anda! Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai peranan setiausaha syarikat, tinggalkan mesej kepada kami. Kami bersedia untuk menyelesaikan semua ketidakpastian anda tentang bagaimana seorang setiausaha syarikat boleh meringankan proses pendaftaran di Malaysia.