【TERBAHARU】Inisiatif untuk Komuniti Perniagaan semasa Pandemik (Bab 1)

Penularan wabak Covid-19 yang serius ini telah mengakibatkan kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan Total Lockdown sekali lagi. Hal ini telah membawa banyak kesan negatif kepada sektor ekonomi negara kita. Oleh itu, pengumuman baru-baru ini mengenai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +) pada 31 Mei 2020 pastinya dapat memanfaatkan para usahawan yang terjejas.

 

4 Inisiatif Penting yang Melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):

 

[Inisiatif 1] Tempoh moratorium 30 hari dari tarikh berakhir ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama untuk serah simpan dokumen dengan SSM

 

[Inisiatif 2] Pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dalam tempoh ‘Total Lockdown’ Fasa Pertama

 

[Inisiatif 3] Tempoh pelanjutan masa untuk 

(a) Edaran penyata kewangan bagi syarikat; 

(b) Pematuhan melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM); 

(c) Serah simpan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 1 November 2020 hingga 31 Januari 2021; dan 

(d) Pengenepian fi permohonan berjumlah RM100.00 untuk ketiga-tiga permohonan di atas.

 

[Inisiatif 4] Pengecualian kompaun atas kelewatan pembaharuan dan kelewatan mendaftarkan perniagaan, yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

 

Selain itu, SSM juga telah melanjutkan tempoh inisiatif sedia adanya yang berkaitan dengan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal bagi permohonan pembatalan nama syarikat (bawah seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016). Tarikh akhir pengurangan kompaun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Klik sini untuk membaca Bab2!

Share your love